Syarat Tempahan
- Bayaran hendaklah dibuat dalam Ringgit Malaysia. Bayaran deposit sebanyak RM100.00 bagi mengesahkan tempahan. Bayaran boleh dibuat secara tunai atau bank-in ke Maybank2u.com. No kaun bank akan dimaklumkan kemudian.
- Bayaran penuh mestilah dibayar semasa mendaftar masuk (Check-In) secara tunai . Deposit RM100.00 dijadikan cagaran dan akan dikembalikan selepas pemeriksaan dibuat jika tiada sebarang kerosakan atau kehilangan barang dalam masa 3 hari.
- Wang deposit tidak akan dikembalikan sekiranya berlaku pembatalan tempahan pada saat-saat akhir.
PROSEDUR CHECK-IN
- Check in : 2.00 petang
- Check out : 12.30 tengahari
- Kunci boleh diambil pada tarikh check in
- Baki bayaran perlu dibayar semasa check in
- Waktu mendaftar masuk atau keluar boleh dirunding sekiranya Homestay tiada pelanggan lain.
- Sekiranya check-out lewat melebihi 4 jam deposit tidak akan dikembalikan.
- Atas faktor keselamatan, para pelanggan dikehendaki menyerahkan satu salinan Kad Pengenalan sewaktu check in
PERATURAN UMUM
- Penghuni hendaklah mematuhi segala peraturan yang ditetapkan oleh pihak penyelenggaraan / pihak berkuasa setempat
- Sebarang aktiviti tidak bermoral dilarang sama sekali seperti berkhalawat dengan bukan mahram dan berjudi.
- Sebarang kegiatan atau perancangan perlakuan jenayah atau penyalahgunaan dadah atau penyebaran ajaran sesat adalah di larang sama sekali di Puterihomestay.
- Sentiasa menjaga kebersihan dan menghormati adab berjiran semasa menginap di Puterihomestay.
- Segala peralatan yang disediakan adalah hakmilik Puterihomestay, jika berlaku kerosakan dan kehilangan bayaran akan dikenakan.
- Pihak Puterihomestay tidak akan bertanggungjawab atas kehilangan, kerosakan, kecederaan tubuh badan atau kehilangan nyawa penyewa atau tetamu mereka dan harta benda mereka atas apa juga sebab kerana apa yang berlaku sememangnya di luar kawalan pihak Puterihomestay. Keselamatan penghuni adalah tanggungjawab pihak penyewa. Pihak Puterihomestay hanya terikat menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada penyewa.
- Keselamatan penghuni dan barangan mereka adalah penting. Oleh itu penghuni dinasihatkan:
- Tidak membawa barangan berharga bersama.
- Pelanggan amat dinasihatkan supaya menutup kipas, TV dan pendingin hawa bila meninggalkan Puterihomestay.
- PASTIKAN semua pintu dan tingkap DITUTUP/KUNCI sebelum meninggalkan Puterihomestay atau tidur waktu siang dan malam.
SEGALA KERJASAMA & KEPRIHATINAN TUAN/PUAN PELANGGAN PUTERIHOMESTAY YANG DIKASIHI TERHADAP TERMA & SYARAT INI, KAMI DAHULUI DENGAN UCAPAN TERIMA KASIH.
No comments:
Post a Comment